Kesemua pelajar ke sekolah vaksinasi capai 90 peratus

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka di Kelantan diteruskan menggunakan sistem penggiliran mengikut minggu dengan kehadiran mengikut kapasiti ditetapkan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkernai Fauzi berkata, mana-mana sekolah di mana pelajarnya belum melengkapkan suntikan vaksin hanya dibenarkan hadir secara bergilir-gilir mengikut minggu yang ditetapkan.

- Advertisement -

Bagaimanapun katanya, sekiranya pelajar telah mencapai sebanyak 90 peratus menerima suntikan vaksin kesemua pelajar dibenarkan ke sekolah.

“Bagi murid tahun satu hingga enam sekolah rendah dan tingkatan satu hingga empat sekolah menengah masih meneruskan sesi pembelajaran secara PdPR sehingga Kelantan beralih kepada fasa empat.

“Sekiranya kita beralih ke fasa seterusnya maka akan berlaku perubahan kehadiran murid ke sekolah secara bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi siarang langsung yang disiarkan di facebook laman Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.

Menurutnya juga kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023 sepertimana dimaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sesi persekolahan akan berlangsung hingga 11 Mac 2023. – HARAKAHDAILY 23/11/2021

- Advertisement -