Kepesatan teknologi tidak hilang jati diri belia

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF | FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Inisiatif kerajaan yang menetapkan pemegang jawatan pertubuhan belia berusia 15 hingga 30 tahun dijangka dapat mengenal pasti bakat kepimpinan belia di negara ini.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, langkah itu secara tidak langsung akan membantu kerajaan mencungkil bakat baharu.

Katanya ia juga sejajar dengan perkembangan semasa negara dan revolusi industri 4.0 yang menuju ke arah masyarakat 5.0 atau smart society yang berupaya menguasai teknologi.

- Advertisement -

“Kerajaan berusaha memastikan keseimbangan antara kepesatan teknologi dan dalam masa yang sama memastikan modal insan belia tidak hilang jati diri agama, akidah dan berakhlak.

“Tanpa keseimbangan itu kemungkinan akan berhadapan dengan masalah keruntuhan sosial yang boleh merosakan institusi kelurga, masyarakat dan negara,” katanya ketika merasmikan majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan secara maya hari ini.

Perasmian sidang pertama penggal ke-33 sesi 2021 itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

Menteri Besar juga berkata, usia belia tersebut yang akan berkuatkuasa Januari 2022 akan membabitkan seramai 589,100 belia di Kelantan.

“Kelantan menyambut baik keputusan tersebut bagi melahirkan belia yang lebih matang dan terdedah kepada pentadbiran dan pengurusan melalui aktiviti berpersatuan,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/11/2021

- Advertisement -