Keputusan PRN Melaka satu proses demokrasi – Takiyuddin

Takiyuddin (kiri) ketika melawat lokasi kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan terbuka dan menganggap ia sebagai satu proses demokrasi.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rakyat Melaka sudah membuat keputusan dengan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan.

- Advertisement -

“Bagi saya, kita terima keputusan rakyat dan ia satu proses demokrasi. Kita berharap kerajaan yang diberi mandat bertindak dengan adil dalam melayani rakyat Melaka,” ujarnya.

Menurut Takiyuddin, pilihan raya adalah proses memilih kerajaan oleh rakyat, maka  kini  tanggungjawab kerajaan (BN) untuk menjaga kebajikan rakyat di Melaka.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, di sini, hari ini.

Terdahulu, keputusan PRN Melaka menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN, sementara Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi lima kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula menang dua kerusi menerusi calon Bersatu. – HARAKAHDAILY 22/11/2021

- Advertisement -