Undi Perikatan Nasional untuk lakukan perubahan

- Advertisement -

MELAKA: Rakyat Melaka yang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini menantikan pemimpin yang sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan serta kebajikan rakyat.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, atas dasar tersebut, Perikatan Nasional membawakan calon-calon yang berintegriti, prihatin dan berkebajikan untuk memacu perkembangan negeri ini.

“Undi Perikatan Nasional untuk melakukan perubahan buat Negeri Melaka,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

- Advertisement -

Menurutnya, itulah tawaran yang Perikatan Nasional bawakan kepada rakyat Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Rakyat Melaka hendakkan pemimpin yang tidak mudah tunduk dan terpengaruh kepada godaan luar dan tetap pada prinsipnya,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran sebelum ini, beliau berkata integriti, prihatin dan berkebajikan merupakan tiga aspek yang penting dalam memilih pemimpin bagi memacu masa depan Negeri Melaka yang bersejarah ini.

Tambahnya, integriti adalah suatu amalan bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yang kuat.

“Seorang pemimpin yang berintegriti sudah pasti tidak akan mudah tunduk kepada godaan harta benda dan pangkat.

“Malah pemimpin yang berintegriti akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyatnya bukannya berkelahi berebut kuasa sesama sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/11/2021

- Advertisement -