PRN Melaka, PN dijangka buat kejutan

- Advertisement -

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

- Advertisement -

JASIN: Calon-calon PAS yang mewakili parti Perikatan Nasional (PN) dijangka boleh membuat kejutan bagi beberapa kerusi sekaligus memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Calon PN No.3, N27-Merlimau, Abd Alim Shafie berkata, setakat tinjauan pada hari pengundian ini peluang Perikatan Nasional (PN) menang tetap ada daripada ‘respon’ orang ramai terutama di kalangan pengundinya.

Katanya, hasil dari kerja kempen selama 12 hari ini sambutan sangat baik dan suara pengundi rata-rata mahukan perubahan sekaligus menukar ‘selera’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Setakat ini, saya rasa Alhamdulillah. Peluang kita untuk menang itu tetap ada dan saya tadi ketika berada di kedai kopi telah didatangi oleh seseorang. Dia (lelaki) itu kata ada sembilan undi (ahli keluarganya) dan akan undi saya, Insya’Allah.

“Saya banyak dengar-dengar (percakapan) orang, mereka akan buat perubahan. Ada yang mengatakan, inilah masanya mereka mahu menukar ‘selera’ (pilihan). Jadi peluang (menang) itu tetap ada, Insya’Allah.

“Ini kali kedua (Alim) bertanding, pada PRU14 lalu saya bertanding di kerusi Parlimen Jasin dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ini salah satu daripada lima DUN di bawah Parlimen Jasin,” ujarnya ketika ditemui di Markas Jentera Pilihan Raya, N27 Merlimau, Jasin, Melaka, hari ini.

Menurutnya, setakat ini peluang Perikatan Nasional untuk menang lebih sedikit daripada parti-parti lain boleh berlaku kerana pengundi Melayu mula menolak Pakatan Harapan.

“Setakat ini, peluang PN untuk menang lebih sikit daripada parti-parti lain tetapi terserah kepada para pengundi hari inilah. Sebab, saya tengok situasi orang Melayu di PRN Melaka ini, mereka menolak Pakatan Harapan (PH).

“Saya mengharapkan, pengundi PH dahulu (semasa PRU14) 2018, kita harap pengundi kali ini pergi (beri) undi kepada PAS dan Umno juga beri undi mereka kepada PAS (Perikatan Nasional) kali ini, kita harap begitu,” jelasnya.

“Saya harap, pengundi PH dahulu (semasa PRU14) 2018, kita harap pengundi kali ini pergi (beri) undi kepada PAS dan Umno juga beri undi mereka kepada PAS (Perikatan Nasional) kali ini, kita harap begitu,” ujarnya.

Pada PRN Melaka kali ini, PAS bertanding dua daripada lima DUN yang berada di bawah Parlimen Jasin iaitu N26-Serkam, yang ditandingi oleh Ustaz Ahmad Bilal Rahudin (PN-PAS) dan N27-Merlimau, Abd Alim Shapie (PN-PAS).

Manakala, tiga lagi DUN lain iaitu N24-Bemban yang diwakili oleh Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bersatu), N25-Rim, Azalina Abdul Rahman (PN-Bersatu) dan N28-Sungai Rambai oleh Muhammad Jefri Safry yang mewakili PN-Bersatu.

Kempen pilihan raya berlangsung selama 12 hari iaitu bermula 8 November hingga jam11.59 malam 19 November 2021, yang menyaksikan mengundi awal pada 16 November dan hari pengundiannya, 20 November 2021.

Seramai 495,196 pengundi berdaftar pada PRN Melaka manakala, 112 calon bertanding merebut kerusinya yang menyaksikan terdapat pertandingan tiga penjuru sebanyak 11 DUN, empat penjuru (9 DUN), lima penjuru (5 DUN) dan enam penjuru sebanyak tiga DUN. –HARAKAHDAILY 20/11/2021

- Advertisement -