Penduduk Rantau Panjang perlu sedia hadapi banjir

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

RANTAU PANJANG: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, mengingatkan penduduk di kawasan mudah ditenggelami air supaya sentiasa berwaspada kerana beberapa kawasan di sini telah mula dilanda banjir.

Katanya, penduduk di kawasan terbabit perlu bersedia lebih awal dan bukan menunggu sehingga banjir melanda untuk berpindah.

- Advertisement -

“Penduduk di kawasan mudah dilanda banjir juga perlu membuat persiapan awal seperti menyimpan dokumen penting dan ubat di tempat selamat, menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga, selain segera berpindah apabila diarahkan oleh pihak berkuasa, ” katanya.

Siti Zailah berkata demikian selepas melawat beberapa kawasan yang dilanda banjir dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sini, semalam.

Pada lawatan ini, beliau juga berkesempatan menyampaikan kuliah maghrib serta memberi pesanan beberapa perkara penting ketika menghadapi musibah dan ujian Allah SWT.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata lawatannya mendapati beberapa buah kampung di kawasannya telah mula dilanda banjir.

“Petugas di Parlimen Rantau Panjang juga menyediakan pek makanan asas untuk diagihkan kepada penduduk yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). – HARAKAHDAILY 20/11/21

- Advertisement -