Amaran cuaca: Waspada hujan lebat di Kelantan, Terengganu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning yang membawa hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu, dijangka berlaku esok hingga Isnin (22 Nov).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

- Advertisement -

Di Terengganu pula kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Kenyataan itu turut memberitahu amaran angin bertiup dari arah timur laut dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. – BERNAMA

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -