PRN Melaka: Penerimaan anak muda kepada PN positif

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

MELAKA:
Walaupun kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan kepada anak muda di negeri ini yang mahukan perubahan lebih menjamin kebajikan rakyat di negeri itu.

Seorang anak muda Nazrullah, 28, berkata sekiranya Perikatan Nasional menang dalam pilihan raya ini beliau mengharapkan mereka dapat menjaga kebajikan sebagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir kerajaan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

“Ramai yang cakap bagi Perikatan Nasional peluang pula untuk kali ini sebab Barisan Nasional dan Pakatan Harapan kita sudah rasa macam mana, cuma Perikatan Nasional yang belum pernah lagi khususnya bila ada PAS yang turut bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

“Adillah dekat situ, baru boleh nilai balik untuk jangka masa akan datang. Tengoklah kalau rezeki PAS berupaya menang, teruskanlah dengan Perikatan Nasional.

- Advertisement -

“Itu je la, minta mereka benar-benar menjaga siapa yang telah undi mereka sebagai wakil rakyat,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di gelanggang badminton untuk beriadah bermain sepak takraw bersama kawan-kawannya di sini, semalam.

Nazrullah

Kata Nazrullah, PRN ini adalah kali kedua kepadanya untuk membuang undi selepas kali pertama beliau mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Ujarnya, ini juga merupakan peluang kedua baginya untuk memilih wakil rakyat di kawasan tempat tinggalnya.

Nazrullah yang bekerja sebagai kontaktor di sebuah syarikat menyuarakan rasa kekeliruan terhadap suasana politik pada hari ini.

Ini, kerana katanya, di Putrajaya, Perikatan Nasional bekerjasama dengan Barisan Nasional tetapi di Melaka mereka bertembung antara satu sama lain.

“Kalau ikutkan persekutuan nampak Abah (Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin) bekerja keras semasa wabak Covid-19, dia boleh kendalikan. Dia pun tidak cepat melatah bila ada pihak yang kutuk dia, dia buat kerja janji kerja dia jalan.

“Tiba masa dia bagi duit bantuan untuk membantu rakyat. Jadi alang-alang Abah bergabung dengan PAS, ambillah Perikatan Nasional,” katanya.

Mohd Azhar

Mohd Azhar, 32, pula cenderung memilih calon berkredibiliti, berintegriti dan berkepimpinan berdasarkan usaha yang calon lakukan semasa berkempen berbanding memilih parti yang bertanding.

“Pemilihan bergantung kepada calon, mereka pasti akan mengundi calon yang bekerja keras,” katanya.

Tambah beliau, walaupun Perikatan Nasional masih baru untuk bertanding di PRN Melaka, penerimaan anak muda dilihat positif.

Ini kerana, katanya banyak program diadakan khususnya untuk anak muda. – HARAKAHDAILY 19/11/2021

- Advertisement -