‘Beri peluang saya wakili rakyat Serkam’

- Advertisement -

MELAKA: “Saya menyeru dan mengharapkan supaya pengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Serkam ini dapat memberikan peluang kepada saya untuk mewakili rakyat Serkam,” kata Calon Perikatan Nasional daripada PAS bagi DUN itu, Ahmad Bilal Rahudin.

Menurutnya, kurang 24 jam tempoh untuk berkempen ini, beliau akan memanfaatkan masa tersebut sebaik mungkin dengan kempen yang lebih agresif.

Antaranya melalui program bermotor selama dua hari untuk memastikan beliau dapat bertemu dengan pengundi Serkam sebelum 20 November (esok).

- Advertisement -

“Kita akan manfaatkan baki masa yang ada untuk berjumpa dengan pengundi melalui kempen bermotor dua hati bermula semalam.

“Ini tujuannya untuk bertemu dengan seberapa ramai pengundi, dan setakat ini ramai anak perantauan yang hubungi saya mengatakan mereka sudah pulang dan sampai awal, saya akan santuni mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily di Bilik Operasi Perikatan Nasional DUN Serkam, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Bilal, beliau dimaklumkan pergerakan kenderaan di jalan raya untuk memasuki Melaka mulai bertambah dan menyebabkan trafik perlahan berikutan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mulai sesak.

Beliau berharap sekurang-kurangnya 70 peratus daripada rakyat Melaka yang dibenarkan untuk membuang undi, keluar menjalankan tanggungjawab esok.

Tambah beliau, antara usaha dari pihaknya untuk memastikan anak perantau Melaka pulang mengundi adalah melalui panggilan telefon.

Sebahagian petugas muslimat PAS di DUN Serkam.

“Kita ada petugas yang bahagian telefon anak-anak perantau ini, dan Alhamdulillah kita dapat maklum balas yang baik untuk balik mengundi dan menyokong Perikatan Nasional, esok,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/11/2021

- Advertisement -