Antara judi dan antijudi

- Advertisement -

SAYA masih ternanti-nanti sokongan puak anti judi dari PH yang kalut dengan judi 22 sebelum ini. Sehingga kini saya belum mendengar sokongan terbuka mereka terhadap keputusan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS.

Beberapa nama yang tidak hanya juara lawan judi 22 di luar dan dalam Parlimen membisu sejuta bahasa dengan keputusan Kerajaan Kedah. Judi empat nombor ekor adalah judi hari hari bukan judi 22. Ia judi paling popular bagi taik judi. Dari yang kaya sampai yang papa kedana pastinya tak terlepas dari judi ini. Kata Daud Kilau… ‘Kalau sudah gila judi’.

- Advertisement -

Sebut sahaja ‘pernah main judi’ maka judi ini adalah asasnya. Pendek kata, kalau kaki judi, mesti terlibat dengan empat nombor ekor. Ia juga judi paling meluas malah wujud di ceruk pekan kecil yang majoriti Melayu Muslim. Kenapa ‘anti judi’ seperti Mahpoz belum lagi uncul padahal dia berada di Negeri Kedah. Takkan tak dapat berita lagi?

Saya tertunggu-tunggu video Mahpoz ‘kalau nak berjudi… Jom le Penang… Jeng… Jeng… Jeng...’ Saya juga menanti-nanti NGO mesra PH menyokong keputusan Kerajaan Kedah. Yang ada hanyalah bukan Islam rakan tidur dalam PH yang membantah.

Selepas PRN Melaka ini, saya jangkakan lebih ramai ‘ternakan’ DAP akan menjerit dengan ‘ruqyah’ judi ditutup di Kedah. Pasti juga ternakan Melayu Islam mereka juga akan mencari hujah dan memperlekehkan usaha Kerajaan Kedah.

Kedah adalah negeri yang yang dipimpin PAS. Walaupun kuasa di Kedah masih bercampur, namun kekuatan dan dominasi PAS dalam kerajaan telah merealisasikan perjuangan PAS. Insya-Allah. Di mana PAS dominasi dalam kerajaan… Islam dan Melayu akan gemilang… Kini PAS dalam Perikatan Nasional. Insya-Allah kita mulakan dengan ikrar anti rasuah di Melaka.

Nak sokong haram judi pun takut

Saya tidak tahu apa yang ditakutkan dua ADUN beragama Islam kerana menyokong ‘pengharaman’ lesen judi di Kedah. Kedua-dua ADUN PAN itu mendakwa diperangkap. Apakah menyokong sekatan judi dianggap satu perangkap dan bukan kerelaan hati?

Penjelasan dua ADUN PAN itu menjelaskan sikap takut mereka dalam menyatakan suara hati seorang Muslim. Kesian mereka terpaksa ‘menarik balik’ sokongan melalui dakwaan terperangkap. Adakah sesiapa yang marah dengan tindakan dua ADUN Kedah yang beragama Islam itu?

Ketua pembangkang yang juga dari PAN menerima penjelasan dua ADUN itu dilihat berpuas hati dengan penjelasan mereka. Persoalannya adakah menjadi satu kesalahan kepada ADUN PAN yang bersekongkol dengan DAP itu menyokong usaha yang diwajibkan ke atas umat Islam itu?

Sungguh sedih melihat mereka tidak mampu menyokong usaha murni ini. Tidak tahu di mana kesalahan mereka hingga terpaksa mendakwa diperangkap. Sikap ini sebenarnya menyerlahkan kebergantungan mereka kepada DAP. Tiada siapa yang dapat menafikan DAP adalah parti dominan dalam PH.

Jika ini yang ditunjukkan ADUN PAN di Kedah yang majoriti Muslim, apa yang boleh diharap dari PAN di Melaka yang DAP sudah jelas dominan dari awal.  Semoga pengundi islam Melayu Melaka menyedari situasi ini dan memilih Perikatan Nasional. 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 19/11/2021

Sumber Asal: 

https://www.facebook.com/100000122032873/posts/7197810726899590/
https://www.facebook.com/100000122032873/posts/7205965946084068/

- Advertisement -