Bersatu tetap komited perjuang nasib rakyat

- Advertisement -

Oleh YUSMAN AWANG

KUALA LUMPUR: Jentera Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) komited dengan agenda prihatin rakyat, politik khidmat, integriti dan antirasuah terus diperjuangkan tanpa mengenal penat lelah.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, rakyat Melaka cukup bijak untuk menilai setiap parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. 

- Advertisement -

“Sama ada sesetengah mereka hanya mahu kuasa dan harta sahaja, sehingga kebajikan dan kesihatan rakyat mereka tolak tepi.

“Jangan guna strategi ubah topik atau diverson untuk larikan (alih) perhatian rakyat. Jawab isu sebenar,” katanya pada kenyataan sebagai mengulas isu keluar Bersatu di dua lokasi di Melaka.

Menurutnya isu tersebut sebagai kes terpencil yang dibuat untuk tujuan pilihan raya.

“Saya melihat pengumuman ubah sokongan itu sebagai usaha terdesak Umno untuk mengalih perhatian pengundi daripada isu lebih besar yang didedahkan kelmarin,” tegasnya.

Tambah Wan Saiful, isu sebenar ialah pendedahan Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini, bahawa rundingan perpaduan ummah digagalkan ekoran sikap Abang Long.

Menurutnya juga sikap ditonjolkan pemimpin tertinggi parti menyebabkan PAS, Umno dan Bersatu gagal membentuk kerjasama dalam PRN Melaka.

Kata beliau juga, Umno perlu menjawab kepada pengundi Melaka dan rakyat Malaysia kenapa wujud sikap Abang Long. – HARAKAHDAILY 18/11/2021

- Advertisement -