Memahami Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara

- Advertisement -

TULAR satu kenyataan yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang, Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang juga merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri di dalam portalnya yang menyatakan ‘Memandangkan PAS telah mengharamkan aktiviti perjudian di Kedah dan membangkitkan isu mengenai arak, mencabuli prinsip pembinaan negara bangsa Rukun Negara untuk mendapatkan undi di Melaka, marilah pengundi di Melaka menolak secara bulat-bulat calon PAS, PN dan BN akibat pencabulan Rukun Negara ini’. Kenyataan penuh di [1].

- Advertisement -

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan kejayaan Negeri Kedah yang menghentikan untuk mengeluarkan lesen kepada premis perjudian dan menghadkan penjualan arak termasuk di kedai-kedai serbaneka 24 jam. Kenyataan itu dibuat oleh YAB Dato’ Sri Muhammad Sanusi Md Nor dalam pembentangan Bajet Kedah 2022. 

Keputusan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah jelas tidak bertentangan dengan undang-undang kerana untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat, serta mencegah mudharat yang lebih besar adalah matlamat utama, berikutan terdapat banyak kes kemalangan yang berlaku disebabkan oleh memandu kenderaan dalam keadaan mabuk. Jelas dari segi undang-undang adalah merupakan satu kesalahan membawa kenderaan dalam keadaan mabuk.

Memainkan isu berkaitan Rukun Negara untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Melaka adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku oleh mana-mana parti politik yang bertanding.

Rukun Negara yang dibina di atas 5 prinsip iaitu:

1. Kepercayaan kepada Tuhan.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

3. Keluhuran Perlembagaan.

4. Kedaulatan Undang-undang.

5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia perlulah memahami secara jelas maksud yang terkandung di dalam Rukun Negara. Kelima-lima prinsip ini merupakan lambang dan identiti kepada Rakyat Malaysia. Prinsip Rukun Negara ini dibina bertujuan untuk membentuk perpaduan yang kukuh dan seterusnya menjadi kunci kepada keharmonian dan kestabilan Malaysia.

MUHAMMAD NAZIRUL MUNIR
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru
PAS Kawasan Kluang – HARAKAHDAILY 17/11/2021

Rujukan:

[1] https://blog.limkitsiang.com/2021/11/16/as-pas-banned-gambling-in-kedah-and-raised-the-liquor-issue-violating-the-rukun-negara-principles-of-malaysian-nation-building-to-get-votes-in-the-malacca-general-election-let-malacca-voters-solid/

Sumber Asal: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=217792347141961&set=a.186367440284452&type=3

- Advertisement -