Bebas judi: PUK harap Pusat turuti langkah Kedah

- Advertisement -

MERUJUK kenyataan Menteri Besar Kedah pada 14 November 2021 yang menegaskan untuk tidak memberi kelulusan kepada permohonan baharu lesen perjudian serta tidak memperbaharui lesen perjudian sedia ada sebaik lesen tamat tempoh di seluruh negeri ini.

Persatuan Ulamak Kedah menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan judi dalam usaha menjadikan negeri ini bebas daripada aktiviti perjudian. Tabiat berjudi dalam kalangan rakyat perlu dibanteras supaya agenda pembangunan insan di Kedah dapat disegarkan semula.

- Advertisement -

Persatuan Ulamak Kedah mengalu-alukan keputusan ini, kerana tabiat berjudi tidak memberi kesan yang positif bahkan menghancurkan institusi kekeluargaan serta boleh mengancam keselamatan awam sekali gus melibatkan aktiviti jenayah yang berpunca dari perjudian.

Persatuan Ulamak Kedah juga berharap Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil langkah yang sama untuk menghentikan pemberian lesen baharu untuk aktiviti perjudian ini agar tidak mendapat kemurkaan daripada Allah S.W.T.

USTAZ HAFIZ MUSTAFA LUBIS
Yang DiPertua
Persatuan Ulamak Kedah – HARAKAHDAILY 17/11/2021

Sumber Asal: www.facebook.com/PersatuanUlamaKedah

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -