Jangan tersilap langkah pilih pemimpin tiada integriti

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Kegemilangan Islam di Melaka perlu dikembalikan semula sejak kejatuhan Kesultanan Melayu lebih 500 tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, Islam memberi keadilan kepada semua seperti yang diterjemahkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah sekarang.

Katanya, Kelantan mengekalkan rekod negeri yang bersih tanpa sebarang dakwaan penyelewengan salah guna kuasa sejak 1990 sehingga sekarang.

- Advertisement -

“Ini tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun, bukan sahaja kami cakap dan kami buktikan juga, rakyat Melaka sudah bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Jadi kali ini kami minta rakyat Melaka beri peluang kepada PAS bersama-sama dalam Perikatan Nasional (PN), lihat apa perubahan yang akan dilakukan kerajaan baru nanti.

“Jangan biar PH memerintah kembali, DAP akan berkuasa biarpun ketua menterinya orang Melayu, cukuplah pengalaman 22 bulan lalu.

“Tempoh ini amat memeritkan kita, kita rasai seolah-olah 22 tahun, maka bagilah peluang kepada PAS yang bersama-sama dalam PN, kita akan memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Pesanan Panglima’ yang disiarkan Melaka Update malam tadi bagi menyampaikan pesanan dan nasihat sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mohd Nassuruddin yang juga anggota Exco Kerajaan Kelantan berharap pengundi di Melaka perlu membuat pertimbangan sewajar supaya tidak tersilap langkah sehingga pemimpin tidak integriti diberi tempat.

Menrutnya Islam meletakkan panduan dan kriteria kukuh bagaimana seseorang pemimpin itu akan dilantik. – HARAKAHDAILY 16/11/2021

- Advertisement -