Isu judi: Hipokrasi nombor satu PH-DAP

- Advertisement -

PEMIMPIN ulung DAP, Lim Guan Eng menyelar keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak akan membenarkan kedai nombor ekor memperbaharui lesen mereka. Dia minta Kerajaan Pusat masuk campur hal bidang kuasa Kerajaan Negeri. Biadab sungguh.

- Advertisement -

Lim Guan Eng siap menggelar PAS sebagai ‘ekstremis’ atas keputusan pengharaman judi. Aneh bin ajaib DAP ini. Baru ini merekalah yang mendabik dada kononnya zaman PH memerintah dahulu berjaya mengurangkan bilangan Cabutan Khas Judi.

Kini, apabila Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh PAS membuat keputusan yang lebih tegas dalam bab judi ini, PH-DAPlah juara penentang utama kononnya ini menindas hak bukan-Muslim.

Soalan mudah patut ditujukan kepada PH;

1. Apa pendirian PKR-Anwar dalam hal judi ini?

Baru ini ketika bahas Bajet 2022, nampak bersungguh juga Anwar ulas bab judi ini.

2. Apa pendirian PAN- Mat Sabu, Salahuddin, Khalid, Hanipa, Mahfuz dalam hal judi ini?

Baru ini nampak bersungguh Mahfuz buat video khas pasal judi berdekatan dengan Pejabat Agung PAS yang dirinduinya…

3. Apa pendirian DAP- Lim Kit Siang, Nga Kor Ming, Jelutong dalam hal judi ini?

Sebab DAPkan selalu sebut yang PAS sekarang tak sama dengan PAS zaman Almarhum Tok Guru Nik Aziz sehingga mereka buat-buat lupa antara langkah awal yang Almarhum Tok Guru buat ketika jadi Menteri Besar Kelantan ialah haramkan judi.

Ada sesiapa pencinta judi yang boleh senaraikan apa kelebihan amalan bermain nombor ekor ini sehingga bersungguh PH mahu memperjuangkannya…?

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 16/11/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/1333302954/posts/10226777004154538/

- Advertisement -