DAP Pulau Pinang makin resah, banyak isu panas

- Advertisement -

Oleh BAHAROM HAMID

KEPALA BATAS:
Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang menyeru penulis dalam kalangan aktivis parti lebih agresif dan perhebatkan usaha membawa isu negeri ke peringkat nasional.

Setiausahanya, Iszuree Ibrahim berkata, mereka telah melihat reaksi DAP menjadi semakin resah apabila PAS sentiasa memberi tekanan dalam isu-isu panas akhir-akhir ini.

- Advertisement -

“Mereka (DAP) sudah merasa semakin panas dengan isu terowong, penyelewengan, PSR, jambatan ketiga yang dibangkitkan oleh PAS Pulau Pinang,” ujarnya menerusi google meet pada program Sidang Editorial Penulisan Harakah yang diadakan di Markas PAS Pongsu Seribu, semalam.

Menurutnya, PAS negeri sentiasa membawa isu ke arus perdana setiap gerak kerja DAP dalam usaha menghakis suara dan kuasa orang Melayu Islam.

Beliau berkata, ini susulan demografi kedudukan perkampungan orang Melayu Islam di negeri ini semakin mengecil.

Tambahnya, dalam membentuk gelombang itu, PAS Pulau Pinang mengharapkan penulisan berita daripada wartawan negeri menerusi media parti seperti Harakahdaily dan akhbar Harakah dapat diperhebatkan lagi dalam membongkar isu-isu hangat di negeri ini.

Beliau berkata, banyak lagi perkara yang belum dibongkarkan untuk tatapan umum yang harus PAS negeri usaha supaya rakyat tidak lagi diperbodohkan dengan sogokan atas nama pembangunan. – HARAKAHDAILY 15/11/2021

- Advertisement -