Bom peninggalan perang dunia kedua ditemui

TAMPIN: Sebutir bom lama dipercayai tinggalan perang dunia kedua dimusnahkan di sebuah kawasan selamat di kebun getah di Blok 4, Jelai 1, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata bom jenis Artillery Shell berukuran 20 sentimeter itu diletupkan pada 9 pagi oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Advertisement

“Seorang peneroka berusia 45 tahun menemukan bom itu di kawasan kebun getah miliknya lalu melaporkan kepada polis.

“Kami mengesan kedudukan sebenar bom berkenaan berdasarkan maklumat diberikan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata selepas membuat pengesahan objek itu, pihaknya memasang tali halangan polis bagi menghalang orang awam daripada memasuki lokasi berkenaan. – BERNAMA