Covid-19: Risiko kes meningkat mendadak jika tidak dikawal

- Advertisement -

BERIKUT adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 6 Nov hingga pukul 12:00 mlm 12 Nov 2021.

- Advertisement -

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.53 juta kes. Di peringkat global, lebih 252 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.0 juta. Lebih 228  juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR: Angka kes harian baharu COVID-19 dalam negara meningkat kembali melepasi 6.000 kes tiga hari berturut-turut di samping laporan pertambahan kes Varian of Concern (VOC) iaitu varian Delta.

Malaysia mencatat kes harian baharu 6,517 hari ini, yang tertinggi sepanjang tempoh dua minggu ini setelah merekod 6,323 kes semalam (11 November) dan 6,243 kes (10 November).

Kes kumulatif COVID-19 negara kini meningkat kepada 2,535,338 kes.

Kes harian baharu sekitar 4,000 kes untuk tempoh tiga hari pertama Rangkuman Mingguan Bernama (6 Nov-12 Nov 2021), pastinya melegakan banyak pihak, sebelum ia meningkat melepasi 6,000 kes.

Peningkatan kes harian baharu boleh dilihat daripada rekod yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti berikut:-

6 Nov (4,701 kes), 7 Nov (4,343 kes), 8 Nov (4,543 kes), 9 Nov (5,403 kes), 10 Nov (6,243 kes),  11 Nov (6,323 kes) dan 12 Nov (6,517 kes).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam paparan di media sosial Facebook peribadi beliau hari ini, menyuarakan kebimbangan kes COVID-19 boleh meningkat mendadak berikutan kadar kebolehjangkitan (R-naught (R0/Rt) mencecah 1.0 semalam.

“Apa yang dimaksudkan dengan nilai R-naught 1.0 ini ialah, bagi setiap individu yang dijangkiti COVID-19, seorang lagi individu akan dijangkiti virus tersebut. Keadaan ini sangat berisiko dan berpotensi untuk menyebabkan peningkatan kes yang mendadak sekiranya penularan jangkitan tidak dikawal sebaiknya, ” kata Khairy..

Peningkatan Ro/Rt kepada 1.0 itu dilaporkan lebih kurang lima minggu selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri berkuatkuasa 11 Oktober 2021.

Kali terakhir Ro/Rt negara berada atas 1.0 ialah pada 31 Ogos 2021 iaitu 1.02 dengan kes harian baharu pada hari berkenaan sebanyak 20,897 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 267,863 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyuarakan kebimbangan yang sama menerusi paparan di Facebook peribadi beliau hari ini.

Beliau mengungkap, “Dimaklumkan kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) telah meningkat kembali kpd 1.0. Ini bermakna kes harian semakin mendatar & kebimbangan kita adalah jika ia kembali meningkat. Orang ramai digesa patuh kpd SOP & kepada kumpulan rentan dapatkan segera dos pengalak bila janji temu diberi.”

Ketika kes harian baharu meningkat, angka kes pesakit COVID-19 yang sembuh menurun dan hari ini, kes sembuh adalah 6,026, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,441,485 (96.3 peratus).

Data Infografik KKM hari ini menunjukkan setakat hari ini, kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 64,277  kes.

Dengan kes kumulatif 2,535,338 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (2,813,115 kes) dan Afrika Selatan (2,924,978 kes).

Kes pesakit yang memerlukan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat hari ini berkurangan kepada 485 kes dan 269 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk kes kematian, setakat 12 November, sebanyak 41 lagi kes dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 29,575 kes.

Daripada 6,517 kes harian baharu hari ini, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbarnya berkata, hanya 125 kes (1.9 peratus) tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5 sementara 6,392 kes (98.1 peratus) adalah dalam kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5.  Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt melepasi 1.0 pada 11 Nov 2021.

Ro/Rt sepanjang tempoh Rangkuman adalah seperti berikut:-

6 Nov (0.91), 7 Nov (0.92 ), 8 Nov (0.94 ), 9 Nov (0.96), 10 Nov (0.99) dan 11 Nov (1.0).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 11 November adalah WP Putrajaya (1.16), WP Kuala Lumpur 1.04 dan Selangor 1.03

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perkembangan lain dalam negara

Mengenai situasi dan maklumat terkini mengenai mutasi Spike Protein COVID-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham semalam melaporkan kajian berterusan mengesan sebanyak 48 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Kesemua 48 kes baharu itu melibatkan tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang (34 kes), Pahang (12 kes) dan Perlis (2 kes).

Setakat ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,830 kes.

Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 3,810 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

3,570 kes varian Delta;

226 kes varian Beta; dan

14 kes varian Alpha.

Sementara itu, jumlah kluster yang masih aktif di Malaysia setakat 12 Nov 2021 berjumlah 286 kluster. Secara keseluruhannya, sebanyak 5,837 kluster dikesan di negara ini dan 5,551 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama setakat 12 November, berdasarkan laporan KKM, jumlah kluster baharu adalah sebanyak 41 kluster  dengan kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 24 kluster (58.5 peratus) dan kluster pendidikan, 11 kluster, (26.8 peratus).

Perincian 6,517 kes harian baharu (+16) pada 12 Nov 2021, mengikut negeri adalah seperti berikut:-

(+kes import)

Kes harian baharu empat angka – Selangor 1,745 (+7);

K​​​​es harian baharu tiga angka – Johor 516 (+1), Kedah 352, Kelantan 520 (+1), Melaka 298 (+1), Negeri

Sembilan 298 (+1), Pahang 431, Perak 243, Pulau Pinang 254, Sabah 611, Sarawak 418, Terengganu

243 dan WP Kuala Lumpur 436 (+5);

Kes harian baharu dua angka – WP Putrtajaya 74 dan Perlis 54.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 8.

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (6 Nov – 12 Nov 2021)

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

6 Nov (65,505 kes), 7 Nov (64,623 kes), 8 Nov ( 61,760 kes), 9 Nov (61,803 kes), 10 Nov (62,890 kes), 11 Nov ( 63,827 kes) dan 12 Nov (64,277 kes).

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 4,701 kes harian yang dilaporkan pada 6 Nov 2021;

88 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

4,613 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,343 kes harian yang dilaporkan pada 7 Nov 2021;

68 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

4,275 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,543 kes harian yang dilaporkan 8 Nov 2021;

112 kes (2.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

4,431 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,403 kes harian yang dilaporkan pada 9 Nov 2021;

102 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

5,301 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,243 kes harian yang dilaporkan pada 10 Nov 2021;

106 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

6,137 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,323 kes harian yang dilaporkan pada 11 Nov 2021;

97 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

6,226 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,517 kes harian yang dilaporkan pada 12 Nov 2021;

125 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

6,392 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

6 Nov (5,382 kes), 7 Nov (5,190 kes), 8 Nov (7,348 kes), 9 Nov ( 5,311 kes ), 10 Nov (5,068 kes ), 11 Nov (5,337 kes) dan 12 Nov (6,026 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 12 Nov 2021 sebanyak 2,441,485 (96.3 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

6 Nov – Kes baharu : 4,701 kes (2,501,966 kes kumulatif); Kes import : 28 kes (20 warganegara; 8 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,673 kes [4,505 warganegara (96.4%);  168 bukan warganegara (3.6%)];

7 Nov – Kes baharu : 4,343 kes (2,506,309 kes kumulatif); Kes import : 9 kes (6 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,334 kes [4,120 warganegara (95.1%);  214 bukan warganegara (4.9%)];

8 Nov – Kes baharu : 4,543 kes (2,510,852 kes kumulatif); Kes import : 15 kes (13 warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,528 kes [4,339 warganegara (95.8%);  189 bukan warganegara (4.2%)];

9 Nov – Kes baharu : 5,403 kes (2,516,255 kes kumulatif); Kes import : 25 kes (16 warganegara; 9 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,378 kes [5,155 warganegara (95.9%);  223 bukan warganegara (4.1%)];

10 Nov – Kes baharu : 6,243 kes (2,522,498 kes kumulatif); Kes import : 24 kes (18 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,219 kes [5,881 warganegara (94.6%);  338 bukan warganegara (5.4%)];

11 Nov – Kes baharu : 6,323 kes (2,528,821 kes kumulatif); Kes import : 25 kes (14 warganegara; 11 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,298 kes [6,072 warganegara (96.4%);  226 bukan warganegara (3.6%)].

12 Nov – Kes baharu : 6,517 kes (2,535,338 kes kumulatif); Kes import : 16 kes (10 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,501 kes [6,214 warganegara (95.6%);  287 bukan warganegara (4.4%)];

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

6 Nov (54 kes / BID 12), 7 Nov (35 kes / BID 5 ), 8 Nov (58 kes / BID 8 ), 9 Nov (78 kes/BID 19), 10 Nov ( 59 kes/BID 10), 11 Nov (49 kes/ BID 14) dan 12 Nov (41/BID 8).

*Jumlah kes kematian sehingga 12 Nov 2021 sebanyak 29,576 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

6 Nov – 3 kluster (kluster tempat kerja 3);

7 Nov – 7 kluster (kluster tempat kerja 3, kluster komuniti 3 dan kluster pendidikan 1);

8 Nov – 6 kluster (kluster tempat kerja 3, kluster pendidikan 2 dan kluster pusat tahanan 1);

9 Nov – 5 kluster (kluster tempat kerja 4 dan kluster pendidikan 1);

10 Nov – 7 kluster (kluster tempat kerja 2, kluster pendidikan 4 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1)

11 Nov – 4 kluster (kluster tempat kerja 3 dan kluster pendidikan 1).

12 Nov – 9 kluster (kluster tempat kerja 6, kluster pendidikan 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1).

Statistik global COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 252,870,684 kes (Rangkuman Minggu lalu 249,786,998 kes) dengan 5,099,327 kematian (Minggu lalu 5,051,934 kematian. Kes pesakit sembuh 228,752,610 kes (Minggu lalu 226,136,620 kes).  

 Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Argentina dan Sepanyol.

*Tonga negara ke-222 (terbaharu) dalam senarai.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 47,693,516 kes (780,775 kematian);

India 34,414,186 kes (462,690 kematian);

Brazil 21,926,526 kes (610,323 kematian);

United Kingdom 9,448,402 kes (142,533 kematian);

Rusia 8,992,595 kes (252,926 kematian);

Turki 8,340,322 kes (72,910 kematian);

Perancis 7,256,643 kes (118,073 kematian);

Iran 6,019,947 kes (127,809 kematian);

Argentina 5,302,445 kes (116,209 kematian);

Sepanyol 5,042,803 kes (87,647 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 113 dengan 98,099 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Kampuchea turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. * terkini dalam senarai Rwanda.

Indonesia di tangga 14 – 4,250,157 kes (143,628 kematian);

Filipina di tangga 19 – 2,813,115 kes (45,035 kematian);

Thailand di tangga 24 – 2,004,274 kes (19,934 kematian);

Vietnam di tangga 37 – 1,009,879 kes (22,930 kematian);

Myanmar di tangga 62 – 510,725 kes (18,882 kematian);

Singapura di tangga 88 – 230,077 kes (548 kematian);

Kampuchea di tangga 109 – 119,421 kes (2,86 kematian);

Laos di tangga 126 – 52,175 kes (94 kematian);

Brunei di tangga 167 – 14,121 kes (95 kematian).

Ruangan sisi

Latar belakang COVID-19

– Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

– Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

– Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

– WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

– Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

– Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

– WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

– Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

– Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression. 

– Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

– Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

– Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

– Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

– Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes. – BERNAMA