UNFCCC COP-26: Tuan Ibrahim berjiwa besar guna bahasa Melayu

- Advertisement -

Oleh SRIHAYANIS ABASRI

KUALA LUMPUR:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, Kelantan, Rohani Ibrahim melahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berucap dalam bahasa Melayu pada persidangan UNFCCC COP-26 di Glasgow, Scotland.

Rohani berkata, pembaharuan atau perubahan ini bukan suatu yang mudah kerana ianya belum pernah dibuat oleh pemimpin Malaysia di persada antarabangsa.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, syabas dan tahniah buat Dato’ Sri Tuan yang berucap dengan penuh yakin, bersemangat dan bangga menyampaikan ucapan dengan lafaz bismillah dan sepotong kalam Allah SWT.

“Hebat bicaranya dalam Bahasa Ibunda Bahasa Melayu. Allahuakbar.

Rohani Ibrahim
Rohani Ibrahim

“Alhamdulillah ucapan beliau telah mendapat pengiktirafan dan pujian dari pelbagai pihak,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Sehubungan itu, antara pemimpin yang turut memberi pujian adalah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Seri Dr Awang Sariyan.

Sehubungan itu, beliau berkata bahawa inilah yang dikatakan pemimpin mempunyai jiwa yang besar dan yakin tentang apa yang dibawa dan diamalkan olehnya.

“Suatu ucapan yang amat baik dan komprehensif tentang perancangan Malaysia khususnya, KASA dalam pengurusan alam sekitar negara bagi memastikan ianya membawa kepada kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

“Dalam pada itu, ianya diharapkan menjadi panduan kepada negara-negara lain kerana ianya diurus berpandukan dengan kehendak Islam dan teknologi terkini,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar permulaan yang dilakukan oleh kerajaan menjadi panduan dan pembangkit semangat kepada pemimpin lain di Malaysia untuk mengangkat martabat bahasa Melayu di persada antarabangsa.

“Sesungguhnya bahasa itu melambangkan jiwa dan bangsa. Saya memetik kata-kata Prof Awang Sariyan,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 12/11/2021

- Advertisement -