Muslihat di sebalik nama pada arak

- Advertisement -

KENAPA gambar arak bukan Yap Ah Loy atau Sun Yat Sen, tetapi lelaki berjanggut berjambang kononnya Kapten Tristram? Pengeluar arak ini omputih atau si sepet? Jika sepet, letaklah gambar Yap Ah Loy, baru cun.

- Advertisement -

Ultra kiasu baju belang-belang membangkitkan sekali lagi isu arak Timah yang dikira sudah selesai. Ultra kiasu ini tidak akan berhenti membangkitkannya selagi isu sebegini tidak menyebelahi mereka. 

Entah mana ultra kiasu ini tahu bahawa kerajaan telah menekan syarikat pengeluar supaya nama Timah ditukar kepada bijih Timah, jika tidak lesen tidak diperbaharui. 

Kerajaan patut saman ultra kiasu ini, sampai terlondeh, jika dakwaan itu tidak benar. Termasuk syarikat yang terbabit, jika memberitahu berita tidak benar. 

Katakan jika benar pun, pihak syarikat ada hak untuk tukar nama lain, kenapa pula bijih timah yang dibangkitkan. Sedangkan syarikat arak boleh sahaja cari nama lain yang lebih glamour.

Banyak nama lain sebangsa ultra kiasu, seperti hua, dong, jiao, zong dan lain-lain.

kenapa perlu ikut nama bijih timah. Adakah nama ini tidak internasional? Tidak logik langsung.

Ultra kiasu turut mengorek berita bahawa, syarikat pengeluar arak tersebut telah menjelaskan bahawa lelaki yang digambarkan pada botol itu ialah Kapten Tristram Speedy, yang dilantik sebagai pentadbir kolonial untuk memulihkan keadaan semasa perang Larut – konflik untuk mengawal kawasan perlombongan bijih timah di Perak dari 1861 hingga 1874.

Hairan saya kenapa tidak pilih sahaja gambar atau nama seperti Yap Ah Loy atau Sun Yat Sen, tidakkah itu lebih relevan berbanding Kapten Tristram? Bukankah syarikat arak tersebut dipunyai si sepet? Kenapa letak gambar menyerupai hampir menyerupai orang Islam sedangkan gambar bangsa sendiri ada.

Ultra kiasu ini sangat licik, nak lariskan jualan, guna logo halal yang bertulis jawi, pada masa sama, jawi ditentang habis-habisan apabila kerajaan mahu memperkenalkannya di SJKC (T). Nampak tak hipokrit mereka ini? 

Jika benar-benar rakyat Malaysia, kenapa cari omputih untuk dijadikan gambar hiasan. Apakah kita sudah berkurang rakyat berbilang kaum di negara ini. Bila lagi nak promote bangsa Malaysia yang minum arak.

Lagipun, saya tidak fikir kualiti arak ini setanding dengan kualiti arak Antarabangsa yang lain yang sudah terkenal dengan jenama, meskipun menang anugerah. 

Kepada siapa sasaran arak ini dijual? Kepada peminum bangsa sendiri atau orang Islam? Nampak tak liciknya ultra kiasu baju belang-belang ini. 

Nampak sangat ultra kiasu ini langsung tidak dapat memahami budaya bangsa majoriti walaupun telah menghirup udara di bumi bertuah ini bergenerasi. Orang sebegini tidak layak menjadi warganegara, apatah lagi diangkat sebagai wakil rakyat. 

Saya sudah kata dalam artikel yang lalu, sebenarnya saya tidak kisah sangat syarikat pengeluar arak tersebut menggunakan nama Timah. Ada apa dengan nama? 

Tetapi apabila ramai yang menentang, bermakna ia ada kaitan dengan sensitiviti budaya. Justeru, berkompromilah. Kenapa perlu dibangkitkan lagi isu ini setelah syarikat arak tersebut sudah bersetuju untuk patuh.

Kalau ultra kiasu teringin sangat dan teruja sangat dengan nama Timah dan arak Timah. Apa kata anak-anak ultra kiasu sepet selepas ini diberikan nama timah atau bijih timah. Buang surname yang ada, letak nama timah sebab sudah terlalu obses.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 12/11/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/391625189000773/posts/436750137821611

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -