PRN Melaka jadi tanda aras hadapi PRU15

- Advertisement -

KOTA BHARU: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dianggap sebagai ‘makmal’ yang boleh menjadi penanda aras bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata PRN Melaka sangat penting memandangkan ia menjadi gambaran kerjasama parti politik pada PRU15.

“Ia dianggap sebagai makmal untuk kita lihat hala tuju politik selepas ini kerana setakat ini kita tidak tahu lagi bagaimana keadaannya.

“Bagaimanapun kita berharap PRN Melaka mencetus keputusan terbaik sebagai landasan kepada PRU15,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan ketika sidang media di sini, hari ini.

- Advertisement -

Terdahulu beliau merasmikan Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri Kelantan 2021.

Hadir sama pada program itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

Ahmad berkata, pemilih berdaftar di Melaka tidak harus mengsia-siakan peluang mengundi 20 November ini kerana ia menjadi tanggungjawab rakyat bagi memilih pemimpin.

Menurutnya walaupun masih dalam suasana pandemik Covid-19, pemilih mesti berani keluar mengundi dengan mematui prosedur operasi standard (SOP).

“Harap mereka tidak sia-siakan peluang tersebut kerana setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/11/2021