SPRM lancar bilik gerakan PRN Melaka

- Advertisement -

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan sebarang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.

Bilik gerakan PRN Melaka yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Melaka, No. 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, 75460 Melaka.

- Advertisement -

Selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
Putrajaya 
8 November 2021 – HARAKAHDAILY 8/11/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/247689136935/posts/10159373850301936/

- Advertisement -