Pemimpin PN temui calon bertanding PRN Melaka

- Advertisement -

MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, dan Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menemui calon-calon PN yang bertanding sebelum mereka bergerak ke Pusat Penamaan Calon yang ditetapkan.

Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Datuk Kamarudin Sidek (DUN Duyong) dan Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen (Telok Mas).

Tiga lagi calon, Patrick Ng Chin Kae (Kesidang), Fong Khai Ling (Kota Laksamana) dan Clarice Chan Ming Wang (Bandar Hilir) tidak sempat ditemui di lokasi pertemuan yang ditetapkan pada pagi ini.

- Advertisement -

Calon yang ditemui diberi taklimat secara tertutup selama sepuluh minit, kemudian doa dibacakan oleh Kamarudin dan dilaungi dengan takbir.

Kamarudin diiringi Azmi Aziz iaitu pencadang dan Rahmat Ismail sebagai penyokong.

Beliau menaiki sebuah kereta bersama isteri ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Japerun Duyong, Taman Semabok dekat sini.

Pagi ini berlangsung proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal menyaksikan pertandingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PN meletakkan calon di semua DUN.

Pada pagi ini juga, tujuh lagi calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional turut mengadakan pertemuan sebelum bergerak ke lokasi penamaan calon. Antara pemimpin PAS yang hadir mengiringi Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor. – HARAKAHDAILY 8/11/2021

- Advertisement -