PAS Perlis mantap kerjasama PN hadapi PRU15

- Advertisement -

NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
PAS Perlis akan memberi fokus untuk bergerak bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mengambil perkembangan yang berlaku sekarang.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, agenda pemerkasaan perpaduan ummah akan terus diutamakan berbanding usaha menjaga kepentingan individu tertentu.

“Seringkali berlaku dalam ikatan persahabatan politik melupakan usaha kita mempertautkan penyatuan ummah selepas parti pemerintah sebelum ini kalah dalam pilihan raya.

- Advertisement -

“Namun tangan yang dihulur bagi menyelamatkan rakan seakidah ada kalanya dilupakan begitu sahaja, selepas parti terbabit bangkit semula. Ini lumrah sebuah kehidupan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) menafikan semangat Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka begitu mengejutkan.

Kata beliau sebelum ini pemimpin PAS berusaha keras untuk mempertautkan kembali parti-parti Melayu bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru di Melaka.

“PAS Perlis memberi perhatian di atas tindakan Umno dan BN menempatkan calon parti itu di seluruh Dewan Undangan Negeri (Dun) di Melaka,” tambahnya.

Beliau yang juga Adun Sanglang berkata, mengambil kira perkembangan yang berlaku itu PAS akan merangka persediaan awal untuk menghadapi PRU15 dengan mengukuhkan kerjasama politik yang ada sekarang. – HARAKAHDAILY 8/11/2021

- Advertisement -