Aspek kesederhanaan dalam pemerintahan

- Advertisement -

KHALIFAH Umar al-Khattab melarang gabenor serta pembesar-pembesar mengambil harta kekayaan yang melebihi apa yang diberikan. Mereka mestilah mementingkan kepentingan dan kebajikan rakyat dahulu sebelum kesenangan mereka sendiri.

- Advertisement -

Contohnya beliau memerintahkan gabenor serta pembesar-pembesarnya agar memakan makanan dan memakai pakaian yang sederhana sahaja. Para pembesar ketika itu dilarang membina serambi atau ruang rehat yang mewah di hadapan rumah mereka.

Jauhi kemewahan

Segala kemewahan yang melampaui batas mestilah ditinggalkan dan inilah yang menjadi polisi pentadbiran yang menekankan prinsip keadilan dan kesamarataan di antara masyarakat.

Untuk memastikan segala polisi dan perintahnya itu dilaksanakan untuk kebajikan rakyat, Khalifah Umar al-Khattab menugaskan pengawas untuk melaporkan perkembangan pelaksanaan polisinya itu.

Tugas duta ataupun pengawas ini adalah untuk melaporkan setiap aktiviti dan tingkah laku gabenor yang beliau lantik di setiap wilayah.

Amanah dan integriti

Betapa Saidina Umar amat amanah dan integriti. Contoh yang dapat kita lihat, adalah daripada pandangan dan ungkapan Khalifah Umar al-Khattab ketika tentera Saad bin Abi Waqqas, di saat mereka berjaya menawan Mada’in iaitu kota terakhir pertahanan Parsi.

Tentera Islam ketika itu berjaya membawa pulang pelbagai khazanah serta harta benda Parsi seperti karpet Parsi yang cukup indah.

Kata Umar al-Khattab R.A:

“Harta benda inilah yang menjadi penyebab kejatuhan orang Parsi dan sekarang harta benda ini telah tiba di sini untuk membawa kejatuhan kepada kita.”

RadiyAllahu anhu. Semoga Allah Meredhainya.

AINNUR UKHTA UWAIS – HARAKAHDAILY 8/11/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100006004746873/posts/1813087792234695/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -