Pemenang pertandingan anjuran Penerangan PAS diumum

- Advertisement -

KUALA NERUS: Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan keputusan pertandingan Facebook, video dan esei sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Penerangan PAS Pusat, hari ini.

Pengumuman itu dibuat semasa sesi membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini hari ini.

- Advertisement -

Katanya, pertandingan bermula pada 16 Ogos hingga 15 September lalu dengan hadiah tempat pertama RM1,000, kedua (RM700) dan ketiga (ketiga RM500).

Bagi pertandlngan Facebook PAS negerl-negeri, tempat pertama dimenangi oleh Selangor, Kedah (kedua) dan Melaka (ketiga).

Falz Al-Hadi pula mendapat tempat pertama bagi pertandingan videp kemerdekaan, Muhammad Zaidulkhair (kedua) dan Siti Hajar (ketiga).

Bagi pertandingan esei pula, tempat pertama dimenangi oleh Ainul Syafiqah Adnan, Nurmala Samin (kedua) dan Muhammad Hakimi Kamis (ketiga).

Menurut Kamaruzaman, keputusan pengadil adalah muktamad dan pemenang·pemenang akan dihubungi oleh pihak sekretariat. – HARAKAHDAILY 6/11/2021

- Advertisement -