Antara pengambilan Ivermectin dengan Warfarin

- Advertisement -

SOALAN: Bagi mereka yang alergi sangat dengan Ivermectin ubat binatang katanya, maka mereka harus mempersoalkan Warfarin, ubat cair darah adalah berasal dari racun tikus. Tapi digunakan secara meluas kini. Betul ke?

- Advertisement -

Jawapan:

Dos sesuatu ubat menentukan sama ada ianya selamat digunakan atau memudaratkan. Ilmu perubatan toksikologi ini adalah ilmu khusus dan penting dalam setiap penerokaan serta pembuatan ubat-ubatan. Oleh itu kajian-kajian klinikal perlu dilakukan bagi menentukan dos yang selamat dan sesuai bagi manusia. Begitulah juga kajian ke atas Ivermectin. 

Warfarin (Ubat cair darah bagi pesakit jantung tertentu), terdapat dos yang selamat setelah beratus kajian klinikal dilakukan seluruh dunia. Oleh itu pihak doktor berani menggunakannya di samping pemantauan rapi sepanjang masa.

Dos yang sama akan menjadi racun kepada makhluk lain seperti tikus, tupai dan spesis seumpamanya. Oleh itu satu ketika dahulu Warfarin digunakan sebagai racun tikus. Namun tikus sudah tegar bisa dengan Warfarin. Warfarin sudah tidak digunakan sebagai racun tikus (Rodenticide).

Ivermectin asasnya ubat yang selamat jika mengikut dos yang sesuai. Bagi menentukan dos sesuai terutama merawat COVID-19, maka kajian-kajian klinikal wajib dilakukan. Kajian klinikal bukan semata-mata ingin menentukan selamat atau tidak tetapi keberkesanan dos yang tertentu itu. 

Terbukti setakat ini, kajian mendapati Ivermectin tidak berkesan bagi merawat COVID-19 atau mengurangkan kes kritikal. Bahkan tidak pun berkesan mengurangkan kematian akibat COVID-19. 

Mungkin Ivermectin selamat (kes kematian akibat makan Ivermectin sedikit), tetapi apa guna memakannya bagi mencegah atau merawat COVID-19? Sedangkan kajian terbaharu I-Tech dalam negara kita mendapati tidak berkesan! Kesan sampingan Ivermectin pulak cirit-birit 3 kali ganda berbanding rawatan standard. Tak memasal anda cirit-birit for nothing! Duit pun habis.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 5/11/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/1033106371/posts/10223816993266109/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -