Guna logo PN petanda baik untuk PRN Melaka

- Advertisement -

UMUM kita mengetahui apa bila banyak kenyataan dari PAS dalam membawa penyatuan tiga parti politik menemui jalan buntu sebelum ini apabila kenyataan Presiden Umno untuk bergerak solo dalam PRN Melaka, tetapi usaha demi usaha di lakukan, pertembungan 3 penjuru tidak dapat dielakkan lantaran ego beberapa pemimpin umno yang yakin mereka akan menang majoriti kerusi Dun Melaka jika bergerak secara solo.

- Advertisement -

Umum rakyat mengetahui bahawa jatuhnya kerajaan Melaka akibat pertembungan semasa sendiri di dalam Umno.

Sudah hampir pasti pada PRN kali ini kemungkinan beberapa kerusi yang dimenangi Umno pada PRU14 akan tumbang akibat keegoaan mereka.

Pada 1 November, satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh PAS Pusat menunjukkan satu sikap setia kawan yang tiada berbelah bagi oleh PAS dalam membawa semangat Perikatan Nasional bagi memenangi PRN Melaka ini.

Terima kasih Tuan Guru Haji Hadi dan pemimpin-pemimpin pas yang lain dalam mengukuhkan kesepakatan didalam Perikatan Nasional ini.

Kita teruskan menyantuni rakyat bagi memenangi Pilihanraya Negeri Melaka ini.

Kebajikan rakyat menjadi keutamaan Perikatan Nasional dalam membawa arus kemenangan di Negeri Melaka.

Semoga keputusan ini menjadi titik kebangkitan PN yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tuan Guru Haji Hadi.

Insya-Allah, Melaka kita menang.

MEGAT MUHAMMAD FARIS
Ketua Penerangan Biro NGO dan Belia Armada Nasional. – HARAKAHDAILY 3/11/2021

- Advertisement -