Pertandingan ubah lirik cungkil bakat, luaskan dakwah

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Muslimat PAS Cawangan Bandar Damansara Kuantan dan Taman Dato’ Rashid telah bersama menganjurkan Pertandingan Ubah Lirik secara maya melalui aplikasi Google Meet, kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Inisiatif ini menjadi antara cara menyebarkan dakwah dan menarik minat masyarakat ke arah kesenian yang membawa mesej Islam menerusi gubahan lirik lagu-lagu moden kepada lirik lebih bermanfaat.

Exco Muslimat PAS Negeri Pahang, Ustazah Rosmani Mustafa berkata, penganjuran ini menunjukkan berlakunya pembaharuan dalam konteks gerak kerja dakwah mengikut kepelbagaian mad’u.

“Para pendakwah mesti memikirkan pelbagai cara dan inisiatif dalam berdepan dengan mad’u sesuai dengan peredaran zaman selagi tidak bertentangan dengan syariat.

“Kesenian dan hiburan tidak dilarang dalam Islam bahkan dibenarkan sebagai satu cara terapi ketenangan. Namun mesti berada dalam ruang yg dibenarkan.

“Penciptaan lirik-lirik yang boleh mendekatkan diri kepada konsep Rabbani amat diperlukan bagi menenangkan jiwa disamping sebagai wasilah menghubungkan hamba dengan Rabbul Jalil,” ujarnya.

Pemenang tempat pertama dimenangi Maliza Azrain Sham Mohd dan tempat kedua Ellie Aziz, serta tempat ketiga Farah Shaqirah Shaharul Faizal dan tempat keempat diduduki Marliana Mahmud.

Hadiah berbentuk wang tunai dan cenderahati diberikan kepada para pemenang, termasuk penonton bertuah serta penonton yang terawal mengisi borang pendaftaran melalui Google Form. – HARAKAHDAILY 2/11/2021

- Advertisement -