GLASGOW: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengadakan pertemuan di Persidangan Perundingan Iklim ke-26 (COP26), di sini, pada hari ini, untuk berbincang mengenai sidang kemuncak G20 yang akan diadakan di Bali, Indonesia menjelang tahun depan.
Dalam pertemuan tersebut, Widodo mengucapkan tahniah kepada Biden atas kemenangannya pada Januari 2020, dan dia menjawab, “Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih kerana mengiktirafnya.”
Sementara itu, walaupun bukan sebahagian daripada jadual rasminya bersempena COP26, Biden juga turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Estonia, Kaja Kallas.
Estonia adalah salah satu negara G20 terakhir yang menandatangani perjanjian itu, bersama-sama dengan Ireland dan Hungary.
Menurut kenyataan media yang dihantar oleh Rumah Putih menurut laporan ABC News, Biden dan Kallas mengadakan perbincangan mengenai kerjasama antara kedua-dua negara mengenai iklim dan pertahanan.
“Biden menyampaikan sokongannya terhadap usaha Kallas untuk mempromosikan hubungan dua hala dan pelaburan infrastruktur berstandard tinggi di Eropah dan di seluruh dunia,” ujar kenyataan media tersebut. – HARAKAHDAILY 2/11/2021