DACS Temerloh dan DACS Kuala Krau terikat seri

- Advertisement -

JERANTUT: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Kawasan Temerloh dam DACS Kawasan Kuala Krau telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Jerantut FA, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Program ini merupakan inisiatif santai kedua pihak di samping menarik minat anak muda kepada kegiatan berfaedah, selain mengisi acara sukan setelah ‘rehat’ panjang akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengarah DACS Temerloh, Mohd Azizul Hakimi Hassan, pihaknya telah merancang secara berjadual mengadakan perlawanan persahabatan bersama DACS Kawasan-kawasan lain dan juga Negeri.

“Alhamdulillah walaupun sudah lama berehat, pemain kedua-dua pasukan telah beraksi dengan baik lebih-lebih lagi saling berbalas serangan untuk mencarikan jaringan,” ujarnya.

Perlawanan ini telah berkesudahan dengan keputusan seri  1-1, namun begitu semua pemain telah meluahkan kepuasan masing-masing kerana dapat bermain dengan baik.

Walaupun jarak tempat untuk datang bermain ini agak jauh, tetapi dengan semangat kesukanan dan silaturrahim yang telah dibina bersama pasukan tidak mematahkan semangat untuk semua hadir.

“Inilah antara objektif utama team bola DACS ditubuhkan. Kepada anak-anak muda yang berminat untuk bersama bermain dengan team DACS Temerloh kami sangat-sangat mengalu-alukan,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 2/11/2021

- Advertisement -