Zionis mempelopori keganasan

- Advertisement -

ZIONISME (dalam bahasa Ibrani disebutkan tsiyonut, manakala dalam bahasa Arab disebutkan dengan ‘sahyuniyyah’ dan bahasa Inggeris pula dengan istilah ‘zionism’) ialah gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa yang menghasilkan negara bangsa Israel di kawasan Palestin. 

Asal usul gerakan ini bermula lebih awal, tetapi secara rasmi ditubuhkan oleh wartawan berbangsa Yahudi Austria-Hungary, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19 melalui penerbitan bukunya Der Judenstaat.

Mereka adalah berasal daripada susur galur dalam kalangan kaum Yahudi yang paling dimurkai Allah SWT kerana kekufuran mereka terhadap ni‘mat-Nya. Bahkan mereka juga merupakan bangsa yang sangat zalim dan paling ganas.

Mereka lahir daripada keturunan Nabi Ya‘qub AS yang berhijrah ke Mesir setelah puteranya Nabi Yusuf AS diberikan kuasa memerintah negara. Keluarga Baginda AS telah melahirkan zuriat satu bangsa Yahudi setelah memakan masa beberapa abad lamanya.

Allah SWT menyelamatkan mereka daripada kezaliman Fir‘aun secara mukjizat yang dikurniakan kepada Rasul-Nya, Musa AS bersama Harun AS. Ramai dalam kalangan para nabi dan rasul berasal daripada kalangan bangsa mereka.

- Advertisement -

Malangnya sebahagian besar daripada mereka telah menderhakai Allah SWT dan Rasul-Nya yang berjaya menyelamatkan mereka, apabila mereka tidak mahu berjihad bagi membebaskan tanah suci Palestin bagi menegakkan negara yang beramal dengan Kitab Allah Taurat.

Lalu, Allah SWT menghukum mereka dengan menyesatkan mereka di padang pasir selama 40 tahun selepas diwafatkan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS dengan penuh kesedihan. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:

وَاِذْ قَالَ مُوْسٰى لِقَوْمِهٖ يٰقَوْمِ لِمَ تُؤْذُوْنَنِيْ وَقَدْ تَّعْلَمُوْنَ اَنِّيْ رَسُوْلُ اللّٰهِ اِلَيْكُمْۗ فَلَمَّا زَاغُوْٓا اَزَاغَ اللّٰهُ قُلُوْبَهُمْۗ وَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِيْنَ٥

“Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ‘Wahai kaumku! Mengapa kalian menyakitiku, sedang kalian mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kalian?’ Maka, ketika mereka menyeleweng (daripada kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah SWT menyelewengkan hati mereka (daripada mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang fasiq.” (Surah al-Saff: 5)

Allah SWT mengurniakan kepada generasi selepas itu beberapa kemenangan bersama rasul yang memimpin mereka, khususnya Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS yang menegakkan negara paling besar dalam sejarah manusia. Akan tetapi, berlaku keingkaran dan kekufuran selepas itu sehingga membawa kepada pembunuhan para rasul dan para ulama’.

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang mendedahkan kejahatan mereka dan akibat yang akan menimpa ke atas mereka. Antaranya firman Allah SWT:

وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ٦١

“Lalu mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, serta sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka pula membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu (terjadi) disebabkan mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” (Surah al-Baqarah: 61)

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ٢١ أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ٢٢

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh para nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil. Maka, sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (21); Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan. (22).” (Surah Ali ‘Imran: 21-22)

Firman Allah SWT:

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا٤ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا٥

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Isra’il dalam Kitab itu: ‘Sesungguhnya kalian akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) sebanyak dua kali, dan sesungguhnya kalian akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (4); Maka. apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kalian) kali yang pertama daripada dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kalian hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya; lalu mereka menjelajah ke segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kalian); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap akan berlaku. (5).” (Surah al-Isra’: 4-5)

Atas sifat kesombongan dan kebanggaan bangsa, mereka merancang bagi menguasai dunia dan mengatasi segala bangsa yang lain. Perkara tersebut dilakukan dengan konsep matlamat menghalalkan segala cara, termasuklah melalui kezaliman dan keganasan, bukannya ketaqwaan kepada Allah SWT dan adil kepada semua.

Mereka juga menubuhkan kumpulan-kumpulan perosak dan pengganas bagi mencapai cita-cita kesombongan kaum yang penuh fanatik. Sehingga kemuncaknya nanti mereka akan menegakkan sebuah negara besar yang diimpi-impikan bagi memerintah dunia.

Di samping itu, ditubuhkan beberapa pertubuhan lain secara terbuka dan rahsia, antaranya seperti gerakan Freemason yang mempengaruhi pemimpin negara-negara terpilih yang dipergunakan bagi melindungi kejahatan mereka.

Selain itu, mereka juga menubuhkan kumpulan pengganas. Antara kumpulan pengganas yang terkenal ialah kumpulan Haganah yang bergerak sebelum penubuhan negara haram Israel bagi melakukan keganasan terhadap penduduk asal Palestin. Setelah negara haram itu ditubuhkan, para pemimpinnya menjadi pemimpin utama negara haram Israel seperti David Ben-Gurion, Ariel Sharon dan lain-lain.

Kumpulan Haganah melakukan pembunuhan ganas Deir Yassin pada 9 April 1948 sehingga melakukan pembunuhan di masjid ketika para jemaah sedang menunaikan solat Subuh. Termasuklah juga beberapa pembunuhan kejam lain yang berikutnya.

Setelah itu negara Israel berjaya diwujudkan dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia yang menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan segala cabangnya. Para pengganas Haganah kemudiannya diserapkan dalam tentera Israel lalu bertukar menjadi pengganas yang bersifat negara, dan mereka itu bernaung di bawah perlindungan negara-negara besar yang mendukungnya.

Peristiwa Sabra dan Shatila pada September 1982 yang sangat kejam dalam Perang Lubnan jangan pula dilupakan, walaupun media seluruh dunia yang dikuasainya berusaha menutup tragedi tersebut laksana menutup bangkai gajah dengan tapak tangan.

Negara haram Israel tidak terikat dengan mana-mana perjanjian pengharaman senjata pemusnah yang digunakan tanpa belas kasihan terhadap manusia, binatang dan alam sekitar. Bahkan, mereka juga mendapat segala bantuan senjata, sehingga bantuan bagi membina senjata pemusnah daripada beberapa negara besar.

Pada masa yang sama, mereka menjadi pengawal di rantau Timur Tengah dan dunia Islam bagi memusnahkan sebarang kemajuan negara yang berada di sekitarnya supaya tidak mengatasi kekuatan Israel. Anggota pasukan Mossad ditugaskan untuk membunuh para pemimpin dan saintis Islam yang tersohor.

Bagi memenuhi impian karutnya, mereka mengerahkan para pendatang Yahudi daripada seluruh pelosok dunia datang ke penempatan negara haram. Dalam pada itu, mereka bertindak menghalau penduduk Palestin bagi merampas penempatannya dan memusnahkan rumah milik, kedai dan kebun yang dimiliki sejak beberapa abad dan beberapa generasi.

Sehingga Masjid al-Aqsa juga dirancang untuk dirobohkan supaya ia dapat digantikan dengan pembangunan kuil kaum Yahudi. Peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa pada akhir tahun 60-an adalah percubaan mereka untuk menguji sensitiviti umat Islam, namun ada kalangan pemimpin negara Islam yang mudah lupa atau leka.

Sehingga kini mereka menjadikan Gaza, sebahagian kawasan kediaman Arab dalam negara haramnya dan juga kawasan Tebing Barat laksana penjara besar bagi mendera rakyat Palestin. Keadaan tersebut disaksikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa dan dipejam mata oleh PBB yang telah dipengaruhinya.

Mereka berselindung di sebalik perdamaian atas nama penyelesaian dua negara (two-solution state). Satu-satunya tawaran terhadap rakyat Palestin yang dipinggirkan bersama konsep normalisasi dengan memberikan pengiktirafan kepada negara haram Israel. Namun, perjalanan dan tindakan mereka adalah semata-mata bagi membina sebuah negara agung bangsa Yahudi sahaja yang berkuasa.

Mereka bertindak tanpa maruah kerana telah hilang maruah kemanusiaannya dan juga tanpa rasa malu. Sebaliknya mereka menyenaraikan kumpulan yang menghadapi kezaliman dan keganasan Zionis dengan label pengganas. Padahal mereka itulah pengganas yang sebenar.

Hanya umat Islam yang buta al-Quran dan agamanya sahaja boleh menerima pembohongan yang terang lagi bersuluh itu. Walhal pada hakikatnya bahawa Zionis itulah sebenarnya kumpulan perosak dan pencipta keganasan di seluruh dunia pada hari ini. Negaranya bernama Israel mencipta keganasan yang diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang meneruskan agenda penjajahan sebelumnya dengan bentuk dan strategi yang baru.

Allah SWT berfirman:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ٨٢ وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ  يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ٨٣

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan mendapati bahawa orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: ‘Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani’ yang demikian itu, disebabkan ada antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. (82); Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad SAW), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) daripada kebenaran (al-Quran), sambil mereka berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab suci al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad SAW). (83).” (Surah al-Ma’idah: 82-83)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS    
Bertarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1443 / 28 Oktober 2021 – HARAKAHDAILY 28/10/2021

- Advertisement -