PRN Melaka: Majlis Syura akan putuskan guna lambang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan beberapa perkara dasar termasuk penggunaan lambang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyauarat juga akan memutuskan kelulusan seseorang menjadi calon PAS di samping pembentukan muafakat politik.

“Sebagai badan tertinggi parti, Majlis Syura Ulamak akan memandu parti dalam membuat keputusan melibatkan dasar parti, manakala proses pelaksanaan yang melibatkan soal strategi, kempen, proses pelaksanaan pada hari mengundi akan diurus oleh pelbagai agensi dalam parti,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

- Advertisement -

PAS juga, jelas beliau meneliti terhadap larangan berhimpun, ceramah umum dan pelbagai bentuk kempen fizikal dalam PRN kali ini.

Tambahnya, oleh kerana PRN ini adalah pilihan raya negeri kedua selepas PRN Sabah dalam situasi pendemik Covid-19 yang masih belum selesai.

Menurutnya lagi, PAS yakin keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelbagai pihak lain dilakukan atas kebimbangan meningkatnya kes Covid, dan ia menuntut satu pendekatan baharu dalam kempen PRN kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, penggunaan media sosial (medsos) akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti itu.

“Kebimbangan kami ialah meningkatkannya berita palsu, fitnah dan maklumat salah yang dijangka akan memenuhi medsos yang ada,” ujarnya.

Lantaran itu, katanya orang ramai perlu melakukan tabayyun, penyelidikan dan kajian terhadap setiap maklumat yang diterima.

“Pengundi juga diharap manfaatkan peluang yang ada bagi memastikan PH tidak kembali memerintah di Melaka,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 28/10/2021

- Advertisement -