PAS Sandakan sumbang peralatan untuk KAFA

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
PAS Sandakan menyumbang peralatan persekolahan untuk Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Kampung Melayu, Sim-sim dekat sini semalam.

Sumbangan 15 buah meja belajar dan sebuah papan putih beserta wang tunai telah diterima oleh Pengerusi KAFA, Wahap Linggang bagi keperluan kelas itu.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata pentingnya institusi pendidikan Islam seperti KAFA, tadika Islam, madrasah, pondok dan lain-lain dibangunkan dengan bersistem agar mampu memberi khidmat terbaik kepada ummah.

“Membangunkan institusi ini sangat penting ia bukan sahaja melahirkan asatizah yang hebat malahan juga mampu memberikan khidmat terbaik kepada ummah suatu masa nanti.

“Kami dari PAS Sandakan juga akan sentiasa berkomitmen menjadi jambatan antara orang awam dan kerajaan agar hasrat mulia membangunkan pendidikan ummah seumpama ini tercapat,” katanya ketika berucap dalam majlis ringkas itu.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain, Ketua Muslimat PAS kawasan dan naib, Ummu Syifa Tasman dan Rosmah Rahman. – HARAKAHDAILY 28/10/2021

- Advertisement -