Keputusan SPMU diumum Rabu ini

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun ini akan dikeluarkan pada Rabu (3 Nov).

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.

Advertisement

“Semakan juga boleh dilakukan menerusi perkhidmatan SMS dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 3 Nov dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang pada 9 Nov,” menurut kenyataan itu.

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet pula, mereka boleh berhubung dengan pihak jabatan pendidikan negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan itu.

Seramai 8,077 calon menduduki peperiksaan SPMU tahun ini yang bermula pada 21 hingga 23 Sept lalu. – BERNAMA