Kasihi yang muda, hormati yang tua

- Advertisement -

ORANG yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan tidak menghormati orang tua, mereka sebenarnya tidak mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W dan adab seorang Muslim.

- Advertisement -

Hal ini disebut dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا

 “Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami.”

[Sunan Tirmizi, No: 1919.]

Ambillah contoh daripada ulamak dalam menghormati orang tua seperti Malik bin Mighwal Rahimahullah, beliau berkata:

كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ  فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ

“Dahulu aku berjalan bersama Talhah bin Musarrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliau pun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: ‘Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku, nescaya aku tidak akan mendahuluimu.’

(Diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdadi dalam al-Jami‘ li Akhlaqi al-Rawi wa Adabi Al-Sami‘, No: 249).

Marilah kita berusaha untuk memiliki sifat rahmat dengan menghormati, mendahulukan dan mengutamakan orang yang lebih tua.

Kita yang lebih muda ini sewajarnya terlebih dahulu menegur, memberi salam, juga menziarahi orang yang lebih tua daripada kita. Kalau kita yang lebih tua, hendaklah kita menyayangi mereka yang lebih muda daripada kita.

YB USTAZ DATO’ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 28/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/433641001656279/

- Advertisement -