Ronnie tidak perlu campuri hal umat

- Advertisement -

HAL ehwal dan permasalahan berkaitan agama dan amalan umat Islam biarlah ditentukan oleh orang-orang Islam sendiri sebagaimana hal berkaitan agama lain diputuskan sesama penganut mereka.

Umat Islam tidak perlu diajar bagaimana mengamal atau menganut agama mereka oleh yang bukan-Islam itu satu penghinaan. Sebagaimana umat Islam juga tidak berhak mengajar penganut agama lain bagaimana mengurus agama mereka.

- Advertisement -

Rakyat Malaysia selama ini cukup toleransi dalam bab ini, menghormati perbezaan sesama mereka dan tidak pernah menyentuh bab ini kerana saling hormat menghormati. Ianya demikian sehinggalah ada pimpinan DAP yang berlagak pandai.

Sebagai seorang Islam rakyat Negeri Selangor saya cukup kesal dengan posting Facebook ADUN Sg Pelek yang juga AJK DAP Pusat YB Ronnie Liu baru-baru ini (disertakan di bawah).

Beliau seakan mengajar umat Islam bagaimana seharusnya umat Islam mengendalikan isu arak.

Beliau tidak sedar bahawa kenyataan beliau itu bahawa … ‘it does not mean that Muslims cannot even work in companies or factories selling or producing liquors.’ (ia tidak bermakna seorang Muslim tidak boleh berkerja di syarikat atau kilang menjual atau mengeluarkan arak) adalah tidak tepat dari segi syarak malah sebagai ADUN Selangor beliau tidak sedar ia sesungguhnya bertentangan dengan Enakmen Negeri.

Enakmen 9 Tahun 1995
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
Bahagian iii – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya

Seksyen 18. Minuman yang memabukkan (2) menyebut:

“Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”

Kenyataan Ronnie tidak menghormati undang-undang negeri yang diluluskan Dewan Negeri Selangor dan diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor ketika itu. Mohon beliau tarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada umat Islam.

Tidak perlulah YB campuri hal-ehwal Islam dalam keadaan YB sendiri tidak faham atau tahu berkenaannya melainkan YB sengaja mahu mempersendakan agama kami. 

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 27/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1627744330898230&id=100009880363600

- Advertisement -