Penghulu cipta produk makanan haiwan ruminan

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

BACHOK:
Di sana sini golongan petani, penternak dan nelayan bercakap mengenai kenaikan kos input pertanian dan diesel sehingga menjejaskan operasi mereka.

Malah isu kenaikan harga makanan haiwan ruminan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, nampaknya belum selesai sehingga sekarang.

Maka mengambil kira desakan itu sekumpulan penternak di Kampung Baru Beris Lalang dekat sini menghasilkan sendiri makanan ternakan menggunakan inovasi ciptaan sendiri.

- Advertisement -

Inisiatif tersebut diketuai Penghulu Mukim terbabit Mohamad Nasir Mohamad Ghani dengan dibantu kerajaan negeri dan Pusat Khidmat Dun Jelawat.

Mohamad Nasir berkata, kenaikan harga pelet antara RM56 hingga RM58 bagi 50 kilogram begitu tinggi dan tidak mampu ditanggung penternak.

“Maka kita memikirkan alternatif untuk menghasilkan makanan haiwan sendiri, lalu saya membuat kertas kerja dan dihantar kepada kerajaan negeri.

“Usaha ini dibuat melalui Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan projek kita mendapat peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM20,000 sebagai permulaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini ramai penternak mengeluh mengenai kenaikan harga makanan haiwan susulan pandemik Covid-19 bermula tahun lepas.

“Setakat ini kita menghasilkan pelet ternyata berjaya meringankan beban penternak.

“Penduduk kampung ini ramai menjadi penternak lembu termasuk jenis sado, di mana mereka terkesan dengan kenaikan harga makanan haiwan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/10/2021

[Ikuti pendedahan lanjut inovasi ciptaan penternak tempatan dalam Harakah edisi cetak Jumaat ini]

- Advertisement -