Yayasan Amal sedia ambulans bantu penduduk

- Advertisement -

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Yayasan Amal Malaysia Kelantan merancang memiliki tiga ambulans menjelang akhir tahun 2023 untuk digunakan bagi membantu penduduk miskin yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Pengerusinya, Abd Hamid Seman berkata, ambulans terbabit akan digunakan untuk masyarakat di zon utara melibatkan jajahan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Bachok.

Katanya, sebuah lagi ambulans akan diusahakan pada tahun hadapan untuk kegunaan penduduk di zon selatan meliputi jajahan Kuala Krai, Gua Musang dan Lojing.

- Advertisement -

“Tahun ini kami berjaya membeli sebuah ambulans dengan harga RM170,000. Ambulans itu menyediakan perkhidmatan di seluruh Kelantan,” katanya pada majlis penyerahan ambulans tersebut di perkarangan JKR 10, di sini semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan taklimat mengenai perkhidmatan ambulans Yayasan Amal kepada Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Dato’ Hanifa Ahmad dan Exco Belia, Sukan dan NGO Wan Roslan Wan Hamat.

Abd Hamid juga berkata, ambulans tersebut dibeli hasil dana sumbangan orang ramai.

Oleh itu kata belilau bagi menjayakan hasrat tersebut, pihaknya memerlukan sebanyak RM600,000 bagi memiliki ambulans seperti dirancang. – HARAKAHDAILY 26/10/2021

- Advertisement -