PRN Melaka: PN tawar calon, guna satu lambang

- Advertisement -

SAYA telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional (PN) semalam yang telah dihadiri oleh semua parti komponen iaitu BERSATU, PAS, STARSABAH, SAPP dan GERAKAN. Mesyuarat Khas secara khusus telah membincangkan hal-hal berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Melaka.

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah membuat ketetapan berikut:

- Advertisement -

i. Parti-parti komponen parti Perikatan Nasional iaitu BERSATU, PAS dan GERAKAN sepakat untuk menawarkan calon-calon dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Melaka dan menggunakan satu lambang iaitu lambang Perikatan Nasional. 

ii. Rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti Perikatan Nasional akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi parti Perikatan Nasional.

Majlis Tertinggi juga telah memutuskan semua parti-parti komponen parti Perikatan Nasional untuk menggerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing dan menggembleng seluruh tenaga dan upaya bagi memenangi kepercayaan rakyat Negeri Melaka agar mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perikatan Nasional sentiasa berpegang kepada aspirasi memelihara perpaduan, memastikan pentadbiran berintegriti dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.

TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Pengerusi
Parti Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 26/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100052221882081/posts/419174179833308/

- Advertisement -