PAS Bukit Chedang konsisten bantu masyarakat

- Advertisement -

Oleh MOHD LUQMAN

RASAH:
Ahli-ahli PAS Cawangan Bukit Chedang konsisten menginfaqkan duit poket untuk membantu dan memberikan sumbangan barangan dapur kepada beberapa keluarga terpilih hampir setiap bulan sejak Mac tahun lalu.

Dalam program pengagihan bantuan semalam, ahli jawatankuasa cawangan telah menyampaikan bakul makanan kepada 10 buah keluarga di rumah masing-masing.

- Advertisement -

“Setakat ini kira-kira 20 buah keluarga terjejas telah menerima manfaat hasil usaha tersebut. Mereka terdiri daripada golongan ibu tunggal, asnaf dan orang kurang upaya (OKU). Ada juga yang menerima bantuan secara berkala,” ujar Timbalan Ketua PAS cawangan, Mohamad Ali.

Menurunya, walaupun ketika ini banyak aktiviti perniagaan dan pekerjaan sudah kembali berjalan selepas fasa keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Negeri Sembilan, namun hakikatnya masih ramai penduduk yang terjejas disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, PAS sentiasa komited dalam menjaga kebajikan masyarakat yang terlibat.

Tambahnya, bakul makanan berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, ayam, minyak masak, garam, gula, biskut dan sebagainya diharap dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh penerima. – HARAKAHDAILY 25/10/2021

- Advertisement -