Pemuda PAS Sabah diterajui muka baharu

Hendri Hamsah.
- Advertisement -

Oleh: AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN: Kepimpinan utama Pemuda PAS Sabah tonjolkan muka baharu apabila sayap parti itu selesai melaksanakan pemilihan dalam Muktamar Tahunannya yang berlangsung secara hibrid semalam.

Mantan Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Sabah bagi sesi 2021-2023 apabila telah menang tanpa bertanding dalam pemilihan kepimpinan sayap parti itu.

- Advertisement -

“Saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan buat mantan Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee yang telah memimpin bantera Pemuda PAS Sabah sebelum ini dengan sebaiknya,” kataya.

Muktamat Tahunan Pemuda PAS Sabah yang berlangsung secara hibrid semalam.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Pemuda  PAS Sabah kali ini diterajui oleh mantan Setiausaha Pemuda PAS Sabah, Hamdi Hassan setelah memenangi jawatan tersebut melalui pertandingan dua penjuru yang dilaksanakan selepas jawatan berkenaan diisytihar kosong.

“Saya tidak pernah terfikir akan menyandang jawatan  ini, namun akur dengan keputusan perwakilan yang mahu saya  menyandang jawatan ini,” ulas Hamdi.

Dalam pada itu, Muhd Huzaini Rohani yang merupakan anak jati daerah Semporna telah menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Sabah sesi 2021-2023 ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Semporna sehubungan itu, mengajak seluruh perwakilan untuk bersatu bersama-sama barisan kepimpinan bagi menerajui pemuda PAS itu untuk sesi kali ini.

Mengulas keputusan pemilihan tersebut, mantan Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin berkata, muka baharu dalam kepimpinan utama pemuda ini mampu memberikan satu lonjakan paradigma buat pemuda bagi meneruskan legasi kepimpinan sedia ada dan menambahbaik gerak kerja yang lebih profesional. – HARAKAHDAILY 24/10/2021

- Advertisement -