Takziah atas pemergian Ketua Muslimat PAS Merbok

Oleh SARINA ISMAIL

MERBOK:
Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah mengucapkan takziah atas pemergian Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Merbok, Basyariah Mat Yaasin.

Ketuanya, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, Allahyarham antara pemimpin muslimat yang aktif dan bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya.

Advertisement

“Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada suami, anak-anak dan ahli keluarganya atas pemergiaannya.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampunikan dosa serta menerima dagangan perjuangannya sebagai amalan soleh,” ujar beliau lagi.

Basyariah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kira-kira jam 3.00 pagi tadi setelah sembilan hari dirawat akibat pendarahan di otak (komplikasi darah tinggi).

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Tohir, Kampung Gelam, Merbok.

Semasa hayatnya beliau telah memberi perkhidmatan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Merbok selama lima penggal.

Allahyarham juga pernah menjadi ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Negeri sebelum ini.

Basyariah, 58, meninggalkan suami dan lima orang anak. – HARAKAHDAILY 23/10/2021