Mohd Kamal dipilih Ketua Pemuda PAS Kelantan sesi 2021-2023

Mohamad Kamal Mohamed
- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Mohd Kamal Mohamad dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan yang baharu bagi sesi 2021/2023 dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS negeri ke-62, hari ini.

Beliau menggantikan Mohd Ariff Abdullah kerana telah tamat menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan sebelum ini.

Terdahulu, beliau dipilih selepas memperolehi 86 undi sementara Mohd Syuhaimi mendapat 46 undi.

- Advertisement -

Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri baharu pula dimenangi oleh Mohd Abdul Malik Abdul Karim dan Mohd Firdaus Mohd Nawi tanpa bertanding.

Ahli jawatankuasa yang dipilih ialah Afif Rabbani, Marwan Husin, Wan Abu bakar Wan Husin, Mohd Nazrul Zakaria, Mohd Khairul Khalid, Mohd Ridha Abdullah, Mohd Nahi Hasbullah, Abdul Razak Abdul Halim, Mohd Rafiuddin dan Mohd Fakhrullah.

Terdahulu, Mohd Ariff Abdullah mengharapkan bakal pengganti jawatan itu memberi tumpuan untuk memenangi hati pengundi muda berusia dalam lingkungan 18 hingga 21 tahun yang akan menjadi pengundi baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Katanya, perkara itu perlu untuk menghadapi PRU akan datang kerana Kelantan sahaja mempunyai sebanyak 324,000 pengundi baharu. – HARAKAHDAILY 23/10/2021

- Advertisement -