Tawau johan Ihtifal Alam Ria PASTI Sabah 2021

- Advertisement -

Oleh NUR MARLYANNAH UMAR

TAWAU:
PASTI Kawasan Tawau dinobatkan sebagai johan keseluruhan Ihtifal Alam Ria PASTI Negeri Sabah 2021.

Pertandingan bermula pada awal bulan Oktober dan diadakan secara dalam talian sesuai dengan norma baharu susulan pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Pengerusi PASTI Tawau, Irwan Hamdan mengucapkan terima kasih kepada seluruh kontinjen PASTI Tkawasan dan berharap momentum tersebut dapat dikekalkan ke tahun hadapan.

“Kita memenangi enam daripada sembilan acara iaitu acara hafazan muslimin dan muslimat, sajak, muslimat, bercerita muslimin dan muslimat dan acara azan,” ujarnya.

Pengarah PASTI negeri, Karim Dullah berharap agar anak-anak PASTI bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, tetapi turut cemerlang juga kokurikulum.

“Saya berharap agar anak-anak PASTI terus cemerlang bukan sahaja ke peringkat kebangsaan malah seterusnya ke peringkat antarabangsa.

“Dan semoga usaha yang PASTI lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak PASTI mencungkil bakat mereka,” tambahnya lagi.

Acara pembacaan sajak telah dimenangi oleh peserta dari Sandakan, pidato (Semporna) dan acara membaca khutbah (Sepanggar).

Naib johan dimenangi oleh kontinjen Sandakan yang berjaya meraih satu emas, dua gangsa, dan empat saguhati manakala tempat ketiga keseluruhan pula dimenangi kontinjen Sepanggar yang meraih satu emas, satu gangsa dan lima saguhati. – HARAKAHDAILY 22/10/2021

- Advertisement -