Bajet 2022: Teruskan moratorium atau beri diskaun kepada peminjam PTPTN

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk meneruskan moratorium bersasar kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan akibat Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata sekiranya cadangan itu sukar dilaksanakan, beliau mencadangkan kerajaan memberikan diskaun 20 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran penuh.

- Advertisement -

Menurutnya, dalam keadaan ekonomi sedang mula pulih kini, ramai yang masih menghadapi masalah kewangan.

Disebabkan itu beliau mencadangkan kerajaan meneruskan moratorium bersasar kepada peminjam PTPTN yang terkesan Covid-19.

“Saya juga minta kerajaan beri diskaun kepada mereka yang membayar menggunakan potongan bulanan sebagai ganjaran kepada mereka yang membayar mengikut jadual.

“Diskaun ini merupakan satu perkara yang popular dan sering disebut dalam sesi-sesi libat urus yang kami jalankan. Saya harap kerajaan akan pertimbangkan untuk Bajet 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Saiful berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz ketika sesi dialog bersama rakan-rakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), pada Khamis.

Katanya, beliau juga menyampaikan surat rasmi selaku Pengerusi PTPTN kepada Tengku Zafrul berhubung perkara sama. – HARAKAHDAILY 22/10/202

- Advertisement -