PAS terima jemputan Pesuruhjaya Tinggi Australia

- Advertisement -

Oleh SUHAIMI TAIB

KUALA LUMPUR:
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menerima jemputan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Dr Justin Lee di kediamannya di sini baru-baru ini.

Serentak itu Ustaz Muhammad Khalil mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Dr Justin kerana beliau baru sahaja berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Australia tiga balu lalu.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, pada hari ini (selasa lepas) saya berkesempatan memenuhi jemputan Dr Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman rasmi beliau di Kuala Lumpur.

“Tahniah dan selamat datang ke Malaysia buat Dr Justin Lee yang baru sahaja berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Australia sejak tiga bulan yang lepas.

“Semoga hubungan rapat antara Malaysia dan Australia yang dinikmati ketika ini sentiasa baik dan dapat diteruskan dengan kerjasama rapat dalam pelbagai bidang,” katanya dalam satu kenyataan di status Facebook beliau. – HARAKAHDAILY 21/10/2021

- Advertisement -