Guna dron pantau lokasi pembalakan haram

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIS ISMAIL

KOTA BHARU:
Kelantan melalui Jabatan Perhutanannya menggunakan dron untuk memantau aktiviti pembalakan yang dilakukan pembalak tidak berlesen ketika musim Monsun Timur Laut.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan semua aktiviti berkenaan dihentikan bermula Oktober ini bagi memghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan hadapan.

- Advertisement -

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memantau spot check kawasan yang telah diwartakan untuk pembalakan bagi memastikan kelestarian alam sekitar di negeri itu terjamin dan dijaga.

“Kita biasanya masuk bulan Oktober memang kita sudah berhenti, cuma kerja-kerja untuk mengeluarkan hasil kayu kawasan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

“Memang sudah dihentikan kecuali ada yang tidak berlesen itu mungkin ada, itu melalui pihak Jabatan Perhutanan dan pihak berkuasa sentiasa buat spot check, guna dron untuk pemantauan” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan dua alat bantuan pernafasan ventilator yang bernilai RM129,000 daripada kerajaan negeri kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 21/10/2021

- Advertisement -