Warga emas terharu terima motosikal sumbangan ahli parlimen

- Advertisement -

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

KUALA TERENGGANU:
Seorang penduduk yang terpaksa dipotong kaki akibat penyakit ‘diabetes’ terkejut apabila seorang ahli parlimen menghantar sendiri motosikal roda tiga khas untuknya.

Rosdi Mohd, 54, dari Kampung Pulau Musang teruja dan gembira mendapat hadiah istimewa tersebut bagi memudahkan pergerakannya.

- Advertisement -

Beliau juga menderita pelbagai jenis penyakit kronik termasuk kegagalan fungsi buah pinggang dan darah tinggi terharu menerima kenderaan tersebut.

Rosdi mendapat rawatan ‘hemodialisis’ sebanyak tiga kali seminggu di Pusat Hemodialisis Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Nerus.

“Akibat masalah kencing manis kaki kiri saya terpaksa dipotong pada paras betis sejak dua tahun lalu. Jadi, untuk bergerak berulang-alik ke Pusat Hemodialisis saya perlukan motosikal khas,” katanya ketika ditemui di sini.

Hasrat itu menjadi kenyataan apabila Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Dato’ Ahmad Amzad Hashim menghadiahkan motosikal tersebut.

Motosikal khas jenis SM Sporte E-110 diserahkan kepada Rosdi bersama kunci dan gerannya.

Rosdi juga minggu lepas menjalani pembedahan mata di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. – HARAKAHADAILY 20/10/2021

[Ikuti kisah lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang]

- Advertisement -