Platform BeDaie bantu mualaf dalami Islam

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Platform BeDaie memperluaskan pengajian kitab secara digital dengan menjalinkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) bagi membantu mualaf untuk mendalami Islam.

Pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Abd Kadir Jailani berkata, melalui platform BeDaie dapat membantu mualaf untuk menjawab pelbagai persoalan dan kemusykilan berkaitan masalah agama dengan penyertaan ratusan ilmuwan agama dari pelbagai negara.

Katanya, melalui projek perintis itu pihaknya menyasarkan seramai 300 mualaf dari Kelantan untuk menyertai pengajian berkenaan.

- Advertisement -

Kata beliau melalui kaedah itu dapat memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk mendalami dan bersoal jawab mengenai agama Islam.

“Kerjasama ini bertujuan memperkenal dan memperluaskan pengajian kita secara digital di mana BeDaei menjadi tenaga pengajar mualaf-mualaf MACMA di seluruh Malaysia.

“Oleh itu Bedaie bersetuju memberi komitmen dalam usaha melaksanakan kerjasama dengan MACMA,” katanya kepada pemberita selepas menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di Pejabat Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) di sini semalam.

Menurutnya juga BeDaie merupakan projek pertama di Malaysia yang menggabungkan lapan negara termasuk Indonesia, Singapura, Thailand (Wilayah Pattani), China, India, Yaman, Afrika dan Sri Lanka dalam satu platform untuk berkongsi ilmu dalam pembelajaran agama mengikut kepakaran masing-masing.

Mengulas lanjut kata beliau pihaknya memerlukan dana sebanyak RM750,000 untuk membantu 3000 mualaf bagi mengikuti pegajian agama berbentuk digital secara tersusun.

“Pihak kami memohon dan menyeru orang ramai untuk membantu memberikan sumbangan bagi menampung bilangan mualaf yang ingin ditaja,” katanya.

Oleh itu, orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh terus hubungi ke talian 013 6612966. – HARAKAHDAILY 20/10/2021

- Advertisement -